Tuesday, 30 August 2011

Pengenalan...

Keterampilan diri pandangan pertama... Penting di belai penting di jaga... Gadis berhias anggun mempersona... Jejaka terurus kacak bergaya... Tunggu apa lagi?

Pengenalan...

Assalamualaikum dan Salam SATU Malaysia...

Alhamdulillah kita dipertemukan di dalam laman maya ini. Yakinlah bahawa ia bukanlah terjadi secara tidak sengaja, walhal setiap yang terjadi mengikut ketentuan Ilahi. Semoga anda memperoleh manfaat daripada usaha yang tak seberapa ini... 

"Jom Ikut Saya" merupakan hasil garapan pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah melalui pelbagai liku-liku kehidupan sepanjang hampir 30 tahun hidup di bumi Allah 'Azza wa Jalla. Seribu satu macam pengalaman di tempuh, belajar dan terbelajar, membawa dan terbawa bersama setitik ilmu dan secubit kemahiran untuk terus berjuang memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Bermula di sekolah Cina, di asuh di rotan menjadi ketua, dihantar ke sekolah separa inggeris ketika separa remaja. Perit jerih pengorbanan ibubapa manghantar ke universiti swasta untuk pelajari Komunikasi Media.

Minat berubah haluan bercanggah, Fitness Instructor menjadi kerjaya. Ilmu di dalami kemahiran dihargai, menjadi pakar bidang tersendiri. Terlibat dalam pelbagai bidang : kecergasan, senaman, perubatan dan kesihatan untuk meraih rezeki.

Cinta kian berputik. Industri media terarah kembali. Terjadi dan menjadi "penceramah" di sekolah-sekolah rendah mahupun menengah. Pelbagai ilmu di kupas, pelbagai maklumat di olah. Tetiba lahirnya "pakar" motivasi, "pakar" kesihatan, "pakar" cemerlang belajar, "pakar" kewangan... Pengalaman bercambah keperibadian terserlah. Kini seorang Pengarah Perhubungan Awam di syarikat swasta, pakar "Youth Branding"atau "Penjenamaan Golongan Remaja" untuk "Brand Long Term Sustainability" atau "Penjenamaan untuk Manfaat Jangka Panjang".

Letih kerja tidak mematah daya usaha. Bekerja keras waktu bekerja, habis kerja ligat berniaga membina asas usahawan berjaya. Pusat Borong, tapak Expo, stadium besar menjadi medan tempur, bukti mengalirnya keringat, bukti menitisnya air mata. Untung rugi jadi mainan, sumpah seranah bersilang pujian menjadi halwa telinga. Kedai? Lingkup. Berniaga pasar malam? Manjadi pembekal? Masa tak cukup. Buka syarikat? MLM? Direct Selling? Online Business? Tidak dikesalkan sedikit pun setiap jatuh bangun. Perjuangan tetap diteruskan, perjuangan masih belum selesai... 

Setiap pengalaman menjadi pedoman, setiap peristiwa menambah keazaman. Tidak dilagak ilmu penuh di dada, sekadar berkongsi untuk tatapan. Semoga ia menjadi ilmu bermanfaat yang diamalkan. Sumbangan berterusan hingga ke akhir zaman... Insyaallah...

Wallahualam...

Abang Saif
Tel : 012-3455387
Email : jomikutsaya@gmail.com

Pengenalan...

Wang keperluan zaman sekarang... Penting di urus kalau tak melayang... Kurangkan pembaziran elakkan hutang... Berzakat bersedekah, Allah sayang... Tunggu apa lagi?

Pengenalan...

Kerja penat perlu berehat... Kalau boleh ke tepi pantai... Bersama sahabat jauh dan dekat... Sama berhibur sama bersantai... Tunggu apa lagi?

Monday, 29 August 2011

Pengenalan...

Badan sihat otak cergas... Tingkat produktiviti bergerak pantas... Amalan baik tidak dilepas... Hidup bermakna, hidup puas... Tunggu apa lagi?

Pengenalan...

Jauh perjalanan luas pandangan... Hayati kehidupan ciptaan Tuhan... Menduga akal meransang fikiran... Mencuit hati menenang perasaan... Tunggu apa lagi?

Pengenalan...

Bahasa Jiwa Bangsa... Tak kenal maka tak cinta... Pemupuk minda terbuka... Pemangkin jiwa merdeka... Fahami resam... fahami budaya... Tunggu apa lagi?